LINTAS NASIONAL – MALAYSIA, Semua warga asing yang visa mereka sudah habis tempo dibenarkan pulang ke negara asal hanya perlu menunjukkan tiket penerbangan kepada pada petugas di lapangan terbang.
Namun itu hanya berlaku bagi Visa yang mati dalam tempoh PKP dari 1Januari 2020 hingga saat ini.
Menurut Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, sekiranya mereka berhasrat tinggal lebih lama di negara Malaysia mereka perlu membuat permohonan dengan Jabatan Imigresen untuk mendapatkan janji temu bagi memperbaharui visa.
Bagaimanapun, kerajaan tidak akan mengambil tindakan ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) terhadap warga asing yang masih berada di negara ini walaupun visa lawatan sudah habis masa aktif.
“Kita tahu sewaktu COVID-19, Jabatan Imigresen ditutup. Kalau mereka mahu pulang ada dua pilihan. Pertama, apabila mereka sampai ke lapangan terbang, hanya perlu tunjuk tiket penerbangan pulang,” katanya
“Jika warga asing berkenaan masih ingin tinggal lebih lama tetapi visa sudah tamat tempoh dan hendak memperbaharuinya, mereka perlu buat janji temu dengan Jabatan Imigresen secara dalam talian,” lanjut Ismail
“Permohonan itu bukan untuk memperbaharui visa, tetapi bagi mendapatkan janji temu supaya Jabatan Imigresen boleh tetapkan tarikh untuk mereka datang (perbaharui visa),” katanya pada sidang media harian PKPB, Khamis 28 Mei 2020
Sementara itu, katanya lagi, prosedur sama juga terpakai bagi mereka yang pas lawatan sosial sudah tamat tempoh ketika PKPB.